Assalamualaikum semua...
Sihat? Iman macam mana.. ok??? kalau sihat lagi iman tu, baguslah.. kalau rasa macam sakit je,, top up balik :)
Berkata Imam Hassan Al-Banna
"Aku rindu melihat pemuda-pemudi yang tidak tidur malam memikirkan masalah umatnya."
Baru-baru ini stadium darul makmur dibanjiri oleh hampir 100 ribu umat islam untuk mendengar forum yang antara panelnya ialah Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Hasnil (Bolywood). Penulis sendiri pergi ke majlis tersebut dan merasa sungguh teruja kerana Ustaz Idola remaja sekarang (UAI) memberikan ceramah. Alhamdulillah, tidak tergambar rasa syukur dalam hati ini memikirkan andainya 100 ribu pendengar pada malam itu SEMUANYA beramal dengan ilmu yang diperoleh dan bukan sekadar masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.
Penulis sangat selesa dengan pendekatan yang pelbagai yang digunakan oleh penceramah sekarang dalam usaha untuk membentuk muda-mudi hari ini. Cuma, yang menjadi keruncingan penulis adalah muda-mudi yang mendengar........
Kita, muda-mudi hari ini adalah penentu masa depan negara pada hari esok. Kita tidak boleh hanyut dalam arus modenisasi hari ini kerana umat memerlukan kita. Ye, KITA diperlukan... Cuba lihat sekeliling anda. kawan-kawan. adik-beradik. tengok cermin sajalah,,,, tengok diri sendiri. adakah sudah cukup ilmu kita hari ini?? cukupkah ilmu itu untuk membimbing kita terus pada jalan yang Allah redai ini..
Sudah tentu belum, sudah tentu tidak. Jadi, jangan sekadar tunggu sehingga ceramah2 UAI baru kita datang dan imarahkan, tetapi, selepas habis ceramah, kita teruskan rutin yang sama tanpa sebarang perubahan positif dalam diri.
BERUBAHLAH. ISTIQAMAHLAH. BERJUANGLAH
:: Berubahlah sekarang, bila lagi? Istiqamahlah ia sebaik amalan. Berjuanglah lawan nafsu kerna ia sebaik-baik jihad. :)
.jpg)